This Vagabond ...

"The Lord is Good, His Steadfast Love Endures Forever." ~Psalm 100:5

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Saturday, August 16, 2008

Alahai Dedek Cayanggg...

Posted by Ruth72


Inilah anak buahku, Miellenia @ Nia. Orangnya suka melompat walaupun baru berusia 5 bulan (lahir pada 2.3.2008). Aneh? Taklah...dia akan minta dipegang & dlm keadaan 'berdiri', dia akan melakukan lompatan springnya. Sekilas pandang mcm Tigger dlm kartun Winnie The Pooh pun ada...oppsss :P

Setakat ini catatan rekod lompatannya yang paling banyak adalah 11 kali tanpa henti; belum dapat menyamai rekod Olympic tetapi cukup utk meraih kasih-sayang daripada kami sekeluarga.

Hobinya? Suka menghisap jari. Bila dah penat, dia akan menghisap bibir atasnya pula sehingga rupanya amat melucukan. Nia juga seorang penggemar ikan goreng, telur dll. Dia tak akan berhenti menguyah angin sambil memerhatikan kita makan sehingga kita menyuapkan sedikit makanan ke mulutnya. Tak sabar nak membesar, ye? hehehe...