This Vagabond ...

"The Lord is Good, His Steadfast Love Endures Forever." ~Psalm 100:5

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Tuesday, November 19, 2013

INDAH SEINDAH BIASA

Posted by Ruth72

INDAH

Maksud perkataan indah adalah / The meaning of indah is :
beautiful , lovely , nice , pretty , cared

Perkataan berkaitan: / Related Words

  1. elok attractive , pretty , exquisite , beautiful ,...
  2. seelok as good as , as beautiful as ,...
  3. ayu cute , pretty , beautiful...
  4. cantik beautiful , gorgeous , pretty...
  5. bagus pleasant , nice , fine , good ,...
  6. seenak as delicious , nice as ,...
  7. busana complete attire with nice finishing...
  8. enak pleasant , delightful , enjoyable ,...   
                                     
 
Hari ni rasa macam nak menulis sebuah artikel mengenai si pemilik nama Indah. Indah mana? Indah Ruhailah @ Siti Ruhailah Bt. Hussein, pelajar Akademi Fantasia 2013. Sekilas, agak banyak yang kurang indah digambarkan tentang beliau dari mula perjalanan pembelajarannya di AF. As for me, maaf bahasa rojak, I've never been influenced by the crowd. I like what I like, kutuklah orang tu macam manapun. That's me.  Lagipun Indah seperti orang lain juga di pandangan mata saya, malah ada ketika dia kelihatan seperti low profile meskipun dikatakan 'menunjuk-nunjuk' (???).

Sebagai seorang peminat dan pengikut AF sejak AF2 lagi (sebab time AF1 saya belum melanggan astro dan melanggan selepas itu semata-mata nak tengok AF yang khabarnya sangat hebat), saya berpendapat AF adalah program realiti yang lama-kelamaannya cenderung kepada sandaran populariti dan bukan hanya bakat seseorang pelajar. Program yang banyak bermain dengan emosi penonton, mengundang rasa kasihan, sayang, malah benci melalui sajian diarinya; mempengaruhi perasaan seterusnya undian penonton-penonton di luar sana yang tidak kenal 100% pun siapa mereka itu yang sebenarnya. Masuk ke program realiti ini seolah merelakan diri dihakimi.
                       
                    Kehadirannya
Kembali kepada Indah, kehadirannya di AF seolah tidak begitu disenangi sesetengah pihak. Buktinya undiannya sangat rendah, kalau tidak terbawah, kedua terbawah. I don't know why, but as I've said emosi penonton banyak mempengaruhi. Jika direnungi, sungguh sayang, bertanding dalam program realiti nyanyian tetapi kemenangan tidak menyebelahi seorang yang memiliki vokal yang merdu dan mantap dan nyatanya antara yang terbaik dalam sejarah AF (memetik kata Edry Abd Halim). Banyak komen, termasuk yang dilontarkan oleh Edry sendiri, mengenai vokal Indah ini. Kehebatan vokalnya seolah sesuatu yang biasa saja bagi mereka...entah apa yang mereka cari? Kelemahan, supaya ada improvasi seperti yang diinginkan oleh fakulti? But why in the first place memilih penyanyi yang pernah punya album ini sekiranya mereka ingin a raw talent? Dan kenapa bila dia menyanyi dengan baik, perkara tersebut dikatakan tidak memberikan impak sedangkan bila pelajar-pelajar lain membuat persembahan yang baik, dipuji melangit? (namun tidak semestinya tidak memberikan impak kepada penonton-penonton yang bersorak di dewan mahupun di rumah). I don't see justice for Indah anywhere in AF. Yang ada cuma sorotan Indah tidak gembira mendapat lagu Putih-Putih Melati pilihan Azhael...lantas dikatakan memilih dan tidak berani menyahut cabaran. Kemudian sesi berborak dengan rakan-rakan mengenai undian tinggi Nabila (dia tidak bermonolog sendirian di sini) lantas dikatakan mengutuk Nabila. Yakin di pentas, lantas dicap 'over'/terlebih atau over-confident. Dikatakan berwajah sombong dan berlagak. Tapi sahihkah? Dan perlukah perkara tersebut dinilai dalam suatu pertandingan nyanyian? Sedangkan di luar negara jarang hal-hal peribadi dikaitkan dalam pertandingan nyanyian. Kerana itulah American Idol, The Voice dan lain-lain berjaya menghasilkan pemenang-pemenang yang benar-benar berkualiti. Namun di konsert ke-9 Indah kelihatan agak goyah, kata Edry. Keyakinannya sedikit pudar (mungkin kerana sering dipukul dengan kata-kata haters di alam maya). Begitulah. Yakin salah, tak yakin pun salah. 

  Personaliti?
Juri-juri juga sering menekankan bahawa AF bukan sekadar mengambil kira vokal tetapi personaliti (agak ganjil dan tidak relevan bagi saya) kerana setiap manusia ada kelebihan, keindahan, kebaikan mahupun kelemahan masing-masing. Malah Indah tidak kalah dari segi paras-rupa berbanding pelajar-pelajar lain. Bezanya, mereka cantik / comel kerana berusia dalam lingkungan awal 20an sedangkan Indah lebih matang dalam usia 26. Dan Indah seorang yang bukan sekadar cantik tetapi anggun pada usianya. Jadi personaliti apalagi yang dituntut? Kalau dalam Maharaja Lawak personaliti lawak yang perlu, dalam pertandingan nyanyian apakah faktor lawak juga ditekankan? Atau mutu nyanyian yang diletakkan di hadapan sekali? (Mentaliti orang M).


Lagu-Lagu Tugasan
   Secara keseluruhannya, saya benpendapat bahawa lagu-lagu yang diberikan kepada Indah kurang sesuai terutama sekali "Jangan Kau Mimpi" milik asal Siti Sarah Raisuddin. Lagu-lagu lain yang tidak sesuai adalah Putih-Putih Melati dan Ku Menanti. Di dalam suatu pertandingan nyanyian yang besar, tak siapapun menginginkan lagu yang santai dan sesuai didengar di tepi pantai atau ketika berbaris di dalam traffic jam yg panjang.  Umum tahu bahawa beliau mempunyai kelebihan dalam mendendangkan lagu-lagu Inggeris tetapi hanya sekali saja lagu Inggeris diamanahkan kepadanya, itupun atas syor Roslan Aziz. Fireworks. Why not 'Listen' atau 'I will Always Love You' atau 'Wrecking Ball'? Takut Indah meninggalkan yang lain terlalu jauh di belakang dari segi skill vokal kah?  Lagu Keroncong pun Indah pandai sebenarnya. Jadi kenapa lagu-lagu terdahulu yang diberikan? Bohonglah kalau dikatakan seorang penyanyi yg baik mampu membawakan apa saja jenis lagu. Mungkin mereka mampu, tapi hasilnya tidak semestinya bagus. Dalam pada itu pelajar-pelajar lain pula diberikan lagu-lagu current hits atau evergreen yang diminati ramai. I know an injustice when I see one dan sebagai peminat Indah, hal ini agak memeritkan bagi saya. Dan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Konsert Akhir
  Sehari sebelum konsert akhir kelihatan Datuk Siti berbicara dari hati ke hati dengan kesemua pelajar. Ketika Datuk Siti memberitahu Indah bahawa beliau sudah ada ramai penyokong sekarang, jelas Indah mengalirkan airmata. Understandable. Beliau tahu penerimaan segelintir penonton sebelum itu dan menyangka undian terendah bermakna she's alone, but not anymore. Her followers on Instagram, facebook and twitter (me included) are growing steadily in numbers until now. 

   Berbekalkan "azimat" inilah, Indah bangkit menghadapi cabaran dan membuktikan kemampuan sebenar. Mujurlah Inspirer Datuk Siti Nurhaliza memberikan lagu yang tepat di konsert akhir, didukung lagi dengan single ciptaan Zul 2 By 2 'Percayalah' yang kebetulan sama tajuk dengan lagu Inspirer dan di mana pada malam konsert akhir juga Inspirer Datuk Siti telah menyampaikan lagu 'Seindah Biasa' (Kenapa lagu itu ya?).  Ada yang berkata, persembahan Indah pada malam itu tak ubah seperti persembahan malam Anugerah Juara Lagu dengan kemantapan vokal dan penghayatan yang memukau. Lagu 'Percayalah' dirasai oleh semua peminat yang setia menyokong dan memahami dan  ditujukan khas buat mereka (you are welcome!). Sayangnya ia terjadi di konsert akhir. Dan kehebatan itu hanya mampu meletakkan Indah di tempat ke-4 Akademi Fantasia di antara 6 finalis. Syukur walau apapun jua. Dan tangan ini tidak jemu-jemu mengundi Indah dan tidak sedikitpun menyesali kos yang terlibat asalkan Indah selesa sekurang-kurangnya antara Top 3. Namun tidak, apapun syukur jua adanya. Tidak dapat dinafikan, terbit rasa terkilan dan sedih buat Indah kerana dia tidak sepatutnya di tangga ke-4. Kalaulah juri professional yang mengadili pertandingan itu sudah pasti trofi Juara di dalam genggamannya tanggal 17 November, 2013. Tapi itulah ketentuannya. Ketentuan yang dirintis program itu sendiri. Impressi yang dicipta. Penerimaan yang diraih peminat. Beban yang digalas Indah.

 Dan Indah mengharungi dan membuktikannya dengan penuh bermaruah. Syabas. Semoga lebih cemerlang di luar sana. Jadikan pengalaman itu sebagai suatu pengajaran untuk mencapai kejayaan sebenar.

0 comments: