Seperti yang dijanjikan agak lama dahulu (hahaha...janji siput, walaupun lambat tetap tertunai asalkan sabar), akhirnya inilah sequel untuk blog di atas yang akan membawa ku pulang ke alam remajaku. Best sangat ke zaman remaja? Mestilah best, sebab zaman kanak2 dan remaja lah alam di mana kita menjalani eksplorasi kehidupan; peringkat di mana kita belajar byk perkara baru. Kesilapan pasti terjadi, namun itulah yang bakal membentuk & mewarnai diri kita sebagai insan dewasa kini.
Zaman Persekolahan
Aku membesar di era 80an. Org kata, era Retro. Aku cakap, The Coolest Era. Semuanya amat indah bagiku namun tidak kurang mencabar juga kerana tatkala mengorak langkah menjadi gadis remaja, aku terpaksa berjauhan dgn keluarga & berpisah dengan adik bongsuku yg comel & amat kusayangi krn kami mmg sesungguhnya amat rapat. Ianya sukar kerana waktu itu dia baru berusia 3 tahun. Segalanya kulakukan demi melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah bernama Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Utk kali pertama dlm hidupku, aku menjadi pelajar asrama & tinggal bersama ramai orang. Kolej ini letaknya di seberang Sg. Sarawak yakni Petra Jaya, jauh dari ketenangan kampungku di Siburan. Utk ke sana perlu menaiki bas selama lbh kurang setengah jam atau lebih, kemudian menaiki perahu tambang dari Pengkalan Sapi ke Pengkalan Batu or vice versa (aku kurang ingat mana satu aturannya). Dari pengkalan perahu tambang itu aku perlu menaiki bas ke sekolahku selama lbh kurang 10 atau 15minit. Semua ini sering kulakukan sendiri di usia belasan tahun. Bagiku tiada masalah kerana aku sememangnya remaja yg cergas walaupun pemalu huhuhu...
Maka, bermula dari tahun 1985 sehingga 1990, sahlah aku menjadi pelajar & penghuni asrama puteri K.D.P.A.H.A. Masih segar di ingatan hari pertama aku melapor diri ke sana, ayahku lah yg menghantarku dari kampung dgn menaiki bas sambil membawa satu beg besar berisi pakaian dan barang2 keperluanku. Selepas mendaftar diri aku dibawa ke asrama & kemudiannya melapor diri ke kelas. Ketika itu akulah antara pelajar Tingkatan 1 paling cinonet. Kelas, tingkatan 1B. Guruku cikgu Vivien Voon yg baik hati dan very soft spoken.
Kulihat perkarangan sekolahnya luas, pelajarnya ramai.
Sbg pelajar baru, aku tidak terlepas dari minggu orientasi. Namun orientasi ku tidaklah seteruk mana, hanya disuruh menyanyi dan berlakon babak filem Azura, filem yg sedang hit ketika itu. Kami juga diwajibkan bangun dan berjogging pada pukul 5 pagi selama seminggu dari sekolah ke bangunan Dewan Undangan Negeri.
Aktiviti Budak Sekolah
Secara ringkasnya, aku turut menyertai aktiviti2 sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (salah seorang seniorku yang menganggotai persatuan ini kini telah menjadi seorang hakim kanan di Kuching), Koir sekolah (aku mmg gemar menyanyi dan pernah membuat persembahan nyanyian duet dgn kawanku Agnes menyanyikan lagu Falsafah Cinta /M.Nasir & Rahim Maarof), bermain ping-pong, menyertai rentas desa ketika di tingkatan 1 dan berjaya menduduki tempat ke-12 di antara ratusan pelajar dari semua peringkat umur (mana aku dapat tenaga masa tu akupun x tahu walhal aku x pernah menyertai lumba lari & x pernah mengulanginya selepas itu). Pernah jua aku memenangi pertandingan melukis poster sempena kempen Anti Dadah yg dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.
Selain itu, aku jua aktif dalam persatuan keagamaan dan di sinilah bermulanya 'akar' religious backgroundku. ISCF - Interschool Christian Fellowship. Kami melakukan perjumpaan (gathering) setiap malam Sabtu / hari Jumaat) & ianya merupakan malam yg paling ku nantikan setiap minggu, memandangkan pada hari biasa kami wajib utk 'private study' yakni turun ke kelas dari jam 7pm-10pm kalau x silap...x pasti, maklumla memori dah karat. Ketika sesi pembelajaran kami akan diawasi pengawas dan warden yg akan meronda dari kelas ke kelas. Sehabis private study kami akan pulang ke asrama & dlm perjalanan ke bilik pasti ada anak2 tukang masak yg menanti di lobi asrama, menjual kuih-muih, nasi lemak & mee goreng untuk santapan malamku sebelum tidur. Dgn pengambilan kolestrol yg ada, aku ditransformasi dari saiz S ke L bilaku menginjak ke tingkatan 4. Not a pretty sight...hmmm.
Berbalik kepada ISCF, aku belajar tentang mendekati Tuhan & menyelami pengetahuan dlm agama. Dari situ jua kumiliki Bible ku yg pertama, bermain gitar dgn lagu-lagu rohani & menyertai Christian Retreat di Pantai Siar & Bako. ISCF membawaku kepada cinta pertamaku, dan ku bukan maksudkan manusia. Kini ku tertanya ke mana hala tujunya saudara2 ISCF setelah lebih 20 tahun berlalu. Adakah mereka masih menghubungi satu sama lain ataupun telah lost contact seperti diriku.
April Fool di asrama adalah hari yang boleh dikira menarik, kerana bermacam peristiwa lucu akan terjadi terutama di waktu malam. Masihku ingat ketika menghuni asrama baru, aku terlihat kelibat2 berpakaian serba putih berlegar di ruang ampaian yg merupakan tempat terbuka di tengah2 asrama. Ada di antara 'hantu' itu yg terkucil dlm seluar kerana ketakutan ketika memainkan watak hantu dan disakat yg lain.
Fran
Ketika remaja, semua ahli bilik dan rakan sekelasku tahu yang aku adalah peminat fanatik Francissca Peters. Boleh dikatakan, era itu mmg milik Fran kerana dialah penyanyi paling popular sekitar 1985-1988. Masihku ingat di tahun 1987, ketika aku memiliki cassette playerku yg pertama (ala2 walkman laa...cuma beza ianya adalah pemain KASET dan bukan cd...btw, bebudak sekarang tahu ker apa itu kaset?). Aku gemar mendengar lagu2 Fran dan pernah melalak2 di tengah malam kerana menyangkakan suaraku tidak kedengaran almaklum tak biasa pakai earphone, lagu lak kuat tahap studio sehingga rakan2 sebilikku yang lain tension hahaha... Sehingga kini (2009) aku masih lagi memiliki kaset2 original Francissca Peters (antara tajuk albumnya - Aku Hanya Pendatang (1985), Kau Bintangku(1987), Harapan (1988), Pasti Kembali (1989), Now's The Time (1990). Album paling hit Fran yg mengandungi lagu Sekadar Di Pinggiran (1986) tiada dlm senarai kerana telah dihilangkan oleh kakakku dan betapa terkilannya aku kerana itulah album yg paling aku sayang...(moral of the story, jgn pinjamkan barang kesayangan kita kepada org yg x tau menjaga harta org lain...kalau nak pinjamkan pun, dalam durasi yg terhad dan kalau boleh dgn interest sekali). Begitulah. Kaset2 yg kubeli itu masih bekeadaan baik sehingga kini wpun mutu audionya dah kurang kerana telah dirosakkan oleh kutu hama. Good influence yg kudapat dari Fran? Aku jadi berminat dgn bidang penciptaan lagu dan berjaya mempopularkan 2 buah lagu rohani ciptaanku berjudul 'Alone' & 'Kau Lebih Indah' (dari mawar merah) yg pernah ku dengar didendangkan di gathering2 sekolah. Penciptanya mungkin tak dikenali namun aku bersyukur itulah sumbangan kecilku demi manusia sejagat, mudah-mudahan.
Best Friendku
Aku takla nakal masa kat sekolah. Seingatku belum pernah sekalipun aku melanggar peraturan sekolah seperti ponteng, melawan guru dsbnya atau masalah2 disiplin yg lainnya. Secara luaran, aku seorang yg low profile, tak banyak bercakap tapi suka sangat menyanyi dan serius gak dlm pelajaran. Dalam ramai2 rakan, aku ada sorang best friend. Namanya Madeline (pun dah lost contact sekarang). Kalau org tengok mmg pelik krn kami berdua macam sama2 pendiam & pemalu namun bila lepak bersama kamilah geng yg paling gila2 & suka gelak. Antara kepakaran kami berdua adalah memberi gelaran kepada orang (not really a good thing though, tapi masa tu macam kelakar & kreatif sangat hahaha...). Dialah best friend ku yg sangat2 rapat. Berkongsi suka-duka dan pernah disindir dgn perkataan 'pendatang haram' oleh cikgu B.M gara-gara lambat masuk kelas (kerana aku sakit perut, tapi kawan sekelas tak tolong bagitau cikgu walaupun dah pesan). Meskipun dimarahi cikgu B.M yg skeptik terhadapku selepas itu, aku berjaya jua mendapat gred 1 dlm subjek B.M SPMku.
Madeline ni adalah pencinta kucing dan tak suka bunga walaupun perwatakannya feminin. Satu persamaan kami adalah meminati lagu2 dendangan Kumpulan Ekamatra waktu itu. Dia pernah membuat beberapa cross-stich yg tertulis namaku dan menghantarnya melalui pos selepas kami terpisah setelah masing2 meninggakan bangku sekolah. Peminat Paula Abdul yg popular ketika itu sebagai penyanyi dan penari, bukan juri American Idol spt sekarang. Madeline merupakan seorang rakan karib yang setia, yg sukar kulupakan hingga kini namun kerana ada sedikit salah-faham, kami membawa haluan masing2 ketika di tingkatan 6 Rendah. Namun persahabatan kami bertaut semula selepas itu. Dialah yg rajin menghantar surat kepadaku saban waktu. Walaupun aku pernah berusaha menjejakinya dan gagal, I wish her the best dan mendoakan kebahagiaannya.
Crush?
Hahaha...topik ini dimulakan dgn perasaan gelihati. Biasalah budak remaja, cinta monyet itu tetap menjelma di jiwa meskipun tak diminta. Yang lucunya, aku pernah benci sangat dekat sorang budak ni. Dia merupakan rakan sekelasku. Orgnya macam serius & sombong sampai aku meluat tak terkata bila tengok muka dia. Walaupun dia pendiam & macam sentimental, aku masih ingat lagi yg dia ni adalah peminat rock. Dia suka lagu2 Kump. Lefthanded. Masa tu di tingkatan 2 & 3. Tapi nak dijadikan blog lah kan, satu hari tu selepas cuti sekolah dia hadir ke kelas dgn bercermin mata (zaman tu fesyen cermin mata bingkai besar dan plastik yg menutupi separuh muka), tapi cermin mata dia nampak lawa. Aku rasa ada perubahan pada diri nya...ya, dia nampak kacak, hahaha...(ketawa lagi). Oleh kerana aku ni spesis pendiam & pemalu dan diapun spesis yg sama maka perkara ini tidak pernah diketahui oleh sesiapa. Tak tahulah kalau dia perasan, tapi rasa2nya hanya aku & Tuhan saja yang tahu kot. Perasaan tu hilang begitu sahaja bila dia masuk ke aliran sains di tingkatan 4, sementara aku sastera. Beberapa tahun yg lalu aku terjumpa nama dia dalam komuniti bidayuh di internet. Just another page of history :-)
Ekspo Bandaraya Kuching
Ogos 1988...Kuching telah diangkat menjadi sebuah Bandaraya. Waktu itu aku di tingkatan 4. Masihku ingat aku pergi ke tapak ekspo bersama kawan2 untuk melihat pameran yang diadakan. Betapa meriahnya suasana, ketika itu terdapat booth RTM & tidak putus-putus memainkan lagu2 terbaru...antaranya Kehebatan Cinta yg sedang hit (Fran/Jamal) & lagu2 dari Kumpulan Freedom, Search dsbnya. Tapak ekspo ni letaknya tidak berapa jauh (mungkin kurang dari 1km) dari sekolahku. Waktu itu tapak ekspo tersebut hanyalah tanah lapang, namun tersergam di atasnya lebih dari 10 tahun lalu sehingga kini adalah Kompleks Mahkamah Kuching. Sesuatu yang agak kebetulan jika difikir-fikirkan.
Aku mengucapkan selamat tinggal kepada sekolahku ini pada tahun 1990 di sekitar bulan Jun, atas pilihan sendiri. Banyak kenangan manis yang terpahat di ingatan sepanjang alam persekolahanku. Bagiku ianya tidak dapat di tukar-ganti dgn wang-ringgit dan apa jua. Terima kasih segalanya.