This Vagabond ...

"The Lord is Good, His Steadfast Love Endures Forever." ~Psalm 100:5

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Thursday, August 14, 2008

Himbauan Lalu...Pintasan Masa Part I

Posted by Ruth72

Rasa nak berblog dalam Bahasa Malaysia pulak. I terai, hehehe.

Sesekali mata memandang ke luar, kelihatan kibaran bendera-bendera M'sia & Sarawak menghiasi bangunan kompleks Mahkamah Bintulu, disapa angin laut Cina Selatan. Telah lebih 7 bulan aku berada dan berkhidmat di sini, menongkah arus perjuangan sebagai seorang penjawat awam yang mencari rezeki di rantauan. Tidak terasa tempoh 15 tahun (genap pada 1 Oktober ini) aku 'membawa diri' jauh dari kampung halaman tempat aku dilahirkan. Kuching seakan asing bagi diriku.
Sejak usiaku menginjak 21 tahun, aku telah melangkahkan kaki keluar dari bumi kelahiran yang telah mewarnai kehidupan kanak-kanak dan remajaku. Selebihnya, aku jalani di Miri selama 14 tahun, dan kini di Bintulu. Adakalanya aku rindukan suasana di kampung. Kuching, meskipun asing bagi dunia dewasaku, tetap abadi dan manis di dlm jiwaku.

Zaman Kanak-Kanak (1972-1984)


Ketika kecil, aku seorang yang minat belajar dan bermain. Keduanya seimbang. Aku sangat gemar bermain pondok-pondok. Segala macam produk semulajadi dan hasil bumi kujadikan 'props' utk berlakon di dalam permainan pondok-pondokku. Contohnya rumput dijadikan sayur, kertas kalendar dijadikan wang (merah bernilai RM10, hitam RM1); kocek seluar buruk ayahku yang telah terpakai turut menjadi mangsa; kugunting dan jahit menjadi beg. Kekadang aku memanipulasi alam sekitar seperti bermain tanah liat dengan alasan hendak membuat labu sayung (sejenis pasu yang direka oleh orang Perak). Waktu itu RTM sering menyiarkan dokumentari mengenai seni kraftangan, antaranya Labu Sayung, Ukiran Kayu, Keris, Batik dsbnya. Terpengaruh dgn apa yg kulihat di tv, dan terpesona dgn keunikan dan keindahan labu sayung, aku sanggup mengotorkan tangan dgn tanah liat yang tak seberapa liat (sebenarnya di kawasan rumah kediaman kami hanya terdapat tanah gambut yang berwarna kehitaman). Impian utk memiliki labu sayung sebenar tercapai apabila di tahun 2007 aku telah pergi ke Kuala Kangsar, Perak. Itulah daerah kelahiran labu sayung. Di sana aku membeli dan membawa pulang beberapa biji labu sayung utk diberikan kepada kawan-kawan dan sbg koleksi diri-sendiri. Kononnya air yg disimpan dan diembunkan di dalamnya agak baik utk kesihatan jika diminum. Tapi aku sendiri x pernah mencuba, sekadar dijadikan hiasan.

Begitulah. Zaman kanak-kanak dan remaja memang indah. Bermain di dalam hujan sambil menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama (Wings) dlm nada tinggi. (Aku juga peminat Dato' Shake, Sudirman, Francissca Peters dll). Pergi ke sawah yang letaknya 2 batu (dulu x pakai km) selepas balik dari sekolah dan di hujung minggu. Menolong ibubapa menanam padi dan menuai, tapi kebanyakan masa dihabiskan dengan bermain di tepi bendang melihat ikan, siput gondang emas (pernah makan...rasanya seperti siput laut tapi kalau disuruh makan sekarang, aduh! tak sanggup), mencari jering dan rebung di hutan, memetik miding dan pucuk paku, bermain dgn biji getah, mengutip buah 'helikopter'(dalam bahasa tempatan 'engkabang'; sejenis pokok yg buahnya berbentuk bujur seperti gasing dan isinya dikeringkan utk dijadikan minyak. Bila matang buahnya akan gugur ke bumi dlm keadaan berputar-putar seperti helikopter). Pernah sekali buah ini jatuh betul2 di atas kepalaku. Bull's eye! Seperti ditindik manja dgn jarum, kerana hujungnya agak tajam, tetapi tidaklah sesakit mana). Banyak sungguh kenangan manis waktu itu. Aku dan adikku Nicholas mmg nakal tapi bukanlah sampai tahap ganas...cuma kami gemar bercakap merapu dan menukar lirik lagu dan mereka-cipta 'jokes' yang jika difikirkan semula, betapa kreatifnya dan tak tergapai oleh akal dewasa ini.

Walaupun di kampungku tidak terdapat bekalan air paip, aku tidak dapat bayangkan bagaimana di zaman kanak-kanak dan remaja, aku mampu melaluinya dengan penuh selamba. Jika tiada hujan dan tangki air kosong, kami akan berjalan sejauh kira-kira 200-300km utk mandi-manda, mencuci pakaian serta mengisi botol air ke sebuah anak sungai yang berada di tengah2 kampung. Di situ terdapat pancuran air, di mana hampir kesemua orang kampung pergi utk menjalankan aktiviti seharian yang bersangkutan dengan air. Mandi-manda bersama, tanpa berebut-rebut dan tanpa segan-silu. Hmmm...betapa 'jujur'nya kehidupan di zaman itu. Ada yang mencuci lampin anak-anak dan membuang 'bahan sisa' nya ke dalam sungai sehingga terapung-apung di permukaan air...dan mata kanak-kanakku hanya memerhatikan tanpa byk emosi.

Zaman kanak-kanak penuh ceria dan cerita. Walaupun tetap ada saat duka. Teringat lagi di suatu ketika di Darjah 6, aku telah lulus satu tahap pembelajaran agama di gereja. Kami dikehendaki memakai gaun warna putih. Namun kerana keluargaku tidak mampu, aku dibenarkan memakai gaun berwarna biru. Gaun itu tetap kupakai walaupun aku kelihatan lain dari yang lain... Aku mengaku, di usia yg hampir mengerti dan hampir mencapai akil baligh, aku tercuit rasa malu kerana dilihat berbeza; salah satu tanda bahawa keluargaku tidak mampu. Namun itu semua telah berlalu, aku sendiri tidak mengenangnya lama. Kerana meski keluargaku antara yg paling susah, aku telah menjadi pelajar terbaik di kelas kerana meraih 3A 2B di dalam Penilaian Darjah Lima waktu itu. Justeru keputusan akademik yang agak baik, aku telah terpilih utk melanjutkan pelajaran di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, sebuah kolej asrama penuh pada tahun 1985. Di situlah zaman remajaku bermula...

....Akan bersambung....

0 comments: